Wednesday 12 December 2012

Fardhu Ain vs Fardhu Kifayah

Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
  1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
  2. Kajian dalam sesuatu perkara.
  3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.
Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui belajar atau proses dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui pengalaman.
Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).
Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-lain).

Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah berdosa.

Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.


Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam." - Sahih - Ibnu Majah 

Didiklah anak-anak bermula dari kecil

..melentur buluh biarlah dari rebungnya..


Panduan sebelum menghadapi Peperiksaan

TIPS SEJENAK BERSAMA DATO’ DR. HJ MOHD FADZILAH KAMSAH

1)Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?

•Memasang niat yang ikhlas
•Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
•Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
•Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
•Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
•Menjaga ibadah kita kepada Allah
•Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
•Sentiasa dalam berkeadaan berwudu
•Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
•Memakan makanan yang halal
•Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

2)Bagaimana melatih diri?

•Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita
•Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan pensyarah atau guru
•Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
•Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
•Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
•Menjadikan sebuah“study room bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
•Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
•Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
•Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh

3)Malam sebelum hari peperiksaan

•Melakukan solat taubat,hajat,witir
•Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
•Amalkan meminum air masak
•Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
•Jangan menonton televisyen sebelum tidur
•Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
•Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif

4)Di pagi peperiksaan

•Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya
•Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
•Sarapan pagi terlebih dahulu
•Minum air berglukosa pada waktu pagi
•Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
•Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
•Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
•Pergi awal ke dewan peperiksaan



Selamat Berjaya..Man Jadda Wa Jadda.. 

Hadith Sahih Solat di awal waktu



1) Hadith:

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

2) Sabda Nabi SAW



سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)


Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.

Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.  

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.